Sunday, November 18, 2007

Berkenaan ALMA

Ahli-Ahli Jawatankuasa ALMA sesi 2006-2008,
bersama Penasihat-Penasihat ALMA, YB Dato Zin dan YB Dato Dr Awang Adek


Pertubuhan ini dikenali dengan nama, PERTUBUHAN ALUMNI MELAYU UNIVERSITI-UNIVERSITI AMERIKA UTARA, MALAYSIA atau dalam bahasa Inggeris, ASSOCIATION OF MALAY ALUMNI OF NORTH AMERICAN UNIVERSITIES, MALAYSIA atau nama singkatan, ALMA.

Asas dan Tujuan ALMA sebagaimana terkandung dalam Perlembagaannya, yang telah diluluskan Pendaftar Pertubuhan pada September 29, 2005 adalah seperti berikut:

1. Mewujud jaringan dan kerjasama di antara Alumni dalam satu Pertubuhan yang sah di Malaysia.

2. Menjadi satu landasan untuk menggembeling kepakaran dan pengetahuan Ahli-ahli dengan tujuan melibatkan diri dengan menyumbang kearah pembinaan bangsa dan negara yang maju dan berwibawa berteraskan ilmu, sains dan teknoloji.

3. Menggalakkan pertukaran idea dan fikiran sesama Alumni serta menjadi saluran rasmi untuk Alumni menyumbang dan memberi maklum balas.

4. Mendukung cita-cita Kebangsaan dan Agenda Melayu dengan menyumbang kepada kemajuan sosio-ekonomi masyarakat Melayu dan memartabatkan bangsa Melayu, negara Malaysia dan agama Islam.

5. Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan orang perseorangan atau pertubuhan-pertubuhan lain, samada di dalam atau luar negara.

6. Menerima sumbangan, bantuan dan tajaan melalui orang-orang awam dan pertubuhan lain. Sebarang kutipan wang daripada orang awam hendaklah mendapat kebenaran Pendaftar pertubuhan dan pihak berkuasa berkenaan.

7. Menjana sumber wang untuk mengumpul harta dan aset Pertubuhan.

Keahlian ALMA adalah terbuka kepada graduan-graduan Melayu yang berwarganegara Malaysia dan belajar di Universiti-Universiti Amerika Utara.

ALMA terbuka sebagai Ahli Bersekutu kepada penuntut Melayu yang sedang belajar di Universiti Amerika Utara, suami atau isteri-isteri Ahli Biasa, graduan Melayu Universiti Amerika Utara yang bukan rakyat Malaysia, dan orang perseorangan berbangsa Melayu dan merupakan rakyat Malaysia. Pertubohan memberi penghormatan kepada orang tertentu sebagai Ahli Kehormat.

Permohonan keadlian perlu mengikuti prosedur-prosedur yang ditetapkan Perlembagaan Pertubohan.

Ahli ALMA boleh melibatkan diri dalam kegiatan Pertubuhan, melainkan penglibatan terhad di dalam Mesyaurat Agong untuk ahli Kehormat dan Bersekutu.

Yuran keahlian bagi pendaftaran ada sebanyak RM10 untuk pendaftaran dan RM100 yuran keahlian seumor hidup. Ahli Bersekutu hanya dikenakan yuran pendaftaran, manakala ahli kehormat tidak kenakan sebarang yuran.

1 comment:

Anonymous said...

Masih aktif ke